PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Apa itu sisa pepejal?
Sisa pepejal ditafsir sebagai apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses. Sisa pepejal merupakan bahan buangan yang paling mudah didapati dan paling banyak dihasilkan. Hal ini terjadi kerana pertambahan sumber atau punca terhasilnya sisa pepejal itu. Antara punca yang menyebabkan bertambahnya sisa pepejal ialah:
 
  • Pertambahan Jumlah Penduduk
Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal. Jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini di anggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan metrik sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjana sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. Jika dikira dengan jumlah penduduk Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan penduduk menjadi salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa pepejal negara.
 
  • Sosio Ekonomi Dan Gaya Hidup Penduduk Malaysia
Kini, kebanyakan penduduk di negara ini memiliki pendapat di tahap sederhana tinggi dan memiliki taraf hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai rumah kediaman sendiri berikutan dengan lambakan rumah mampu milik yang dibina oleh para pemaju perumahan. Apabila banyak rumah dibina dan berpenghuni, maka penghasilan sisa pepejal domestik juga semakin bertambah.Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia ialah 45% bagi sisa makanan, 24% bagi plastik, 7% bagi kertas, 6% bagi logam 3%, kaca dan lain-lain ialah 15%. Komposisi sisa buangan pepejal dijana daripada aktiviti harian kediaman, perniagaan, institusi dan tempat rekreasi yang dirancang dan tidak dirancang seperti rumah-rumah setinggan dan premis lain yang diusahakan secara haram. Gaya hidup masyarakat yang suka membazir juga menyebabkan pertambahan sisa pepejal. Masyarakat kini lebih suka membuang bahan buangan dari mengitar semula atau menggunakan semula barang tersebut. Di samping itu, bilangan suri rumah sepenuh masa yang semakin berkurang juga menyumbang ke arah pertambahan sisa pepejal kerana mereka tiada masa untuk mengasingkan sisa pepejal di rumah mereka dan sibuk di tempat kerja. Hal ini kerana purata kaum wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya sendiri semakin meningkat yang menyebabkan mereka sukar meluangkan masa menguruskan sisa pepejal isi rumah.
  • Kutipan Sampah/Sisa Yang Tidak Tepat Pada Masa
Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Namun begitu, masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kutipan sisa pepejal dan bahan buangan ini rumah ke rumah telah gagal menjalankan tugas mereka mengikut jadual. Kadang kala, sisa pepejal di kawasan perumahan lambat dikutip pihak berkenaan dan menyebabkan sisa pepejal semakin bertambah dab berselerakan di jalanan dan membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar dan imej negara, Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan pangsa dan taman perumahan.
 
  • Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik
Seperti yang diketahui umu, kebanyakan sisa pepejal memberi kesan yang negatif kepada alam sekitar. Pencemaran dari sisa pepejal terjadi akibat pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik. Hal ini termasuklah kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak mampan juga manjadi ancaman kepada alam sekitar. Contohnya, kaedah pengurusan bahan buangan "open dumping". Kaedah ini adalah kaedah konvensional yang dilakukan secara meluas di Malaysia dan masih dipraktikkan. Kaed "open dumping" ini ialah kaedah dimana semua sisa pepejal yang telah dikutip daripada rumah dan bangunan akan dilepaskan atau dibuang disuatu kawasan perlupusan sampah secara terbuka. Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah kepada pencemaran bau serta membawa kepada pembiakan serangga dan makhluk perosak seperti tikus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Pihak Berkuasa Tempatan masih belum mahir dalam mengurus dan merancang perkhidmatan bandar terutamanya cara pungutan sisa buangan, bilangan pengangkutan ditambah pula dengan kos tenaga buruh yang tinggi.
 
  • Sikap Masyarakat Yang Tidak Prihatin
Disebalik semua punca pertambahan sisa pepejal yang telah dibincangkan, punca yang paling kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang sampah dengan sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam sekitar, Segala kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak diendahkan. Sikap ini sepatutnya dihakis dalam diri setiap manusia kerana sikap tidak prihatin inilah yang menyebabkan alam sekitar terancam, Sikap malas masyarakat untuk mengitar semua menjadi penyumbang utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PERTAMBAHAN SISA PEPEJAL
 
  • Menyediakan Lebih Banyak Tong Kitar Semula

Kelemahan yang masih ketara pada masa ini ialah kekurangan tong kitar semula untuk memudahkan penduduk setempat membantu pihak berkuasa untuk mengitar semula. Sebagai contoh, pembuangan kertas dan botol minuman merata-rata telah meningkatkan kos pembersihan dan pelupusan sampah yang merugikan.

Oleh yang demikian, sewajarnya tong-tong kitar semula diwujudkan dimana mana khususnya bangunan bangunan pejabat, restoran dan pusat komersial untuk pembuangan kertas, botol, tin aluminium dan sebagainya supaya bahan-bahan tersebut diproses lain dikeluarkan semula bagi tujuan penggunaan industri sekaligus merendahkan ke[erluan pembersihan dan pelupusan. dari segi yang lain, ia juga dapat mebgurangkan pencemaran berbahaya terhadap alam sekitar lantaran kemungkinan samapah sarap tersebut mengandungi bahan-bahan yang berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan. Antara bahan bahan yang telah dikategorikan sebagai sangat berbahaya adalah asbestos, karbon, radio aktif dan lain lain lagi.

Di samping itu juga, keputusan pihak pengurusan sisa pepejal menyediakan tong sampah percuma di setiap rumah merupakan langkah bijak yang bukan sahaja memudahkan pengurusa sisa pepejal yang lebih sistematik tetapi juga dapat memudahkan penduduk mengumpul sisa pepejal sebelum dihantar untuk dilupuskan.
 
  • Mengurangkan Pengeluaran Plastik
Sisa pepejal yang paling kerap ditemui ialah plastik. Oleh yang demikian, penggunaan plastik dalam industri makanan dan sebagai bakul di pusat membeli belah telah menyebabkan pertambahan sampah sarap, tambahan pula plastik dalam kegunaan harian kita memakan masa diantara 10 hingga 1000 tahun untuk reput. Oleh yang demikian, cadangan pengurangan penggunaan plastik dapat mengurangkan sisa pepejal yang mana penggunaan plastik sebenarnya oleh diganti dengan kertas. Selain daripada itu, pengurangan penggunaan plastik juga dapat mengurangkan penggunaan minyak petroleum untuk penghasilan plastik, tambahan pula pengunaan petroleum untuk menghasilkan plastik akan menjejaskan bekalan petroleum. Langkah drastik Negeri Selangor tidak membenarkan pengunaan bagi plastik bermula pada tahun 2017 merupakan satu langkah bijak menangani masalah pencemaran sisa pepejal.
 
  • Penggunaan Teknologi Moden Dalam Pelupusan Sisa Pepejal
Penggunaan teknologi pelupusan sisa pepejal juga merupakan satu usaha untuk mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal. Untuk itu, penggunaan teknologi insinerator untuk mengatsi masalah sisa pepejal serta teknologi gasifikasi dan pelaburan abu dianggap sebagai teknologi terkini dan paling selamat menguruskan sisa pepejal.

Selain daripada itu, dengan adanya teknologi baru ini masalah berkaitan pencemaran alam sekitar yang sering dihadapi dalam pengurusan sisa pepejal, khususnya ditapak-tapak pelupusan akan dapat diatasi. Antara masalah tersebut ialah bau busuk, pencemaran air bawah tanah disebabkan 'leachate' danpembiakan makhluk pemabwa penyakit seperti tikus dan lalat yang sering dikaitkn dengan kekotoran. Penggunaan teknologi ini juga pasti dapat meningkatkan tahap pengurusan sisa pepejal di negara ini.

KEPENTINGAN PENGASINGAN SISA-SISA PEPEJAL KEPADA KESIHATAN AWAM

 
 
 
 
“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)

Pengasingan sisa pepejal dipunca merupakan satu proses ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih mesra alam. Mengikut seksyen 74 Akta Pengurusa sisa pepejal dan Pembersihan Awam 2007, orang awam harus melakukan pengasingan sisa pepejal dan kegagalan berbuat demikian, jika disabitkna kesalahan boleh didenda maksimum RM1000. Seksyen 108(2)(g) pula menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab individu mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula sekaligus mengelakkan lambakan sisa dipusat pelupusan.

Credit : dprsisapepejal . blogspot.com

Dec 07,2022